skip to Main Content
Tanaman Herba Baik Untuk Ditanam

Tanaman Herba Baik Untuk Ditanam

Tanaman herba kini semakin popular  sebagai pilihan utama bagi tanaman hiasan  landskap di rumah. Ini kerana ia mudah ditanam,

senang dibiakkan, boleh di tanam secara indoor serta tidak memerlukan kos yang

banyak untuk dijaga di samping terdapat beberapa spesis yang mengeluarkan aroma yang menyenangkan.

Sekiranya anda mengimpikan untuk mempunyai kebun herba sendiri, anda boleh memulakan dengan menanam  2 atau 3 spesis herba terlebih dahulu sebagai permulaan.

Berikut merupakan beberapa idea tanaman herba yang sesuai untuk anda tanam di sekitar kawasan laman rumah anda  :

  • Nama Tempatan : Pegaga

  • Nama Saintifik    :  Centella asiatica 

  • Khasiat yang terdapat pada daun dan air rebusan pegaga boleh merawat sakit cirit birit, demam dan banyak digunakan oleh perubat perubatan tradisional antaranya bagi masalah  selulit yang sering dialami wanita,  merawat ­kerosakan kulit secara tradisi , meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan. 

  • Nama Tempatan : Daun Saderi

  • Nama Saintifik    :  Apium graveolens

  • Khasiat yang terdapat pada daun saderi atau dikenali sebagai daun sup mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolestrol dalam darah dan melancarkan aliran darah

 

  • Nama Tempatan : Bunga Telang

  • Nama Saintifik    :  Clitoria ternatea

  • Bunga pokok telang ini sejak dahulu lagi  telah digunakan oleh nenek moyang kita sebagai pewarna kepada nasi kerabu. Selain itu, kacang telang ini juga digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.

 

  • Nama Tempatan : Pudina

  • Nama Saintifik    :  Mentha piperita

  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu bagi merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus di samping boleh  merangsang tubuh badan untuk mengeluarkan peluh.

 

  • Nama Tempatan : Kucai

  • Nama Saintifik    :  Allium tuberosum

  •  Daun kucai sangat terkenal di kalangan masyarakat cina sebagai menu di dalam masakan sayuran. Bagi masyarakat melayu, ia banyak digunakan dalam masakan seperti mee goreng, bihun goreng dan char kuew tiow. Kucai juga dipercayai bermanfaat bagi mengurangkan darah tinggi dan merawat sembelit.

 

  • Nama Tempatan : Rosemary

  • Nama Saintifik    :  Allium tuberosum

  • Keratan batang pokok Rosemary boleh dicampur dengan minyak zaitun untuk menghasilkn minyak pati Rosemary dimana ia boleh membantu dalam melegakan masalah pencernaan, selesema dan sakit kepala. Ia juga bertindak sebaga antiseptik semulajadi dimana ia membantu melegakan hidung tersumbat.

  • Nama Tempatan : Halia

  • Nama Saintifik    :  Zingiber officinale

  • Halia amat sinonim bagi masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum kerana kegunaannya banyak digunakan sebagai penambah perasa dalam sesuatu makanan. Halia amat terkenal sebagai herba untuk membuang angin dan toksin di dalam badan. Selain itu, ia juga terbukti bagi merawat masalah pencernaan seperti kembung perut, cirit birit dan sebagai alternatif bagi menghilangkan bau badan.

  • Nama Tempatan : Kesum

  • Nama Saintifik    :  Polygonum minus

  • Daun kesum begitu popular digunakan sebagai bahan masakan di dalam menu asam pedas, laksa selain dijadikan sebagai menu ulaman. Ia juga dipercayai boleh mengatasi masalah keputihan, menghilankan panau, masalah ketidakhadaman, mengharumkan tubuh dan mengeluarkan angin dari perut dan usus.

 

  • Nama Tempatan : Stevia

  • Nama Saintifik    :  Stevia ribaudiana

Pokok herba Stevia adalah (glycoside non-kaborhidrat) yang boleh mengurangkan glukosa dan kaborhidrat lain yang dimiliki. Reboudioside A yang terkandung dalam daun stevia 300 kali ganda lebih manis berbanding gula biasa dan ianya kimia yang bukan terproses,  Ia juga tahan suhu tinggi dan bukan melalui proses penapaian. Sebahagian ekstrak glycoside pada pokok stevia dapat meluaskan atau mengembangkan saluran darah, meningkatkan sodium dan air kencing yang sihat, juga dapat menurunkan tekanan darah.

 

  • Nama Tempatan : Mahkota dewa

  • Nama Saintifik    : Phaleria macrocarpa

Keseluruhan bahagian dari tumbuhan, biji, buah, daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan. Ia merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut. Kulit  dan daging buah mampu mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat. Manakala biji nya mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal-gatal. Manakala buahnya dipercayai sebagai antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

Bekas dan media

Jenis bekas untuk kebun herba anda mestilah ringan untuk mudah dialihkan dan mempunyai lubang di bawahnya untuk pengairan.
Ini penting kerana pokok herba tidak tahan dengan air bertakung.
Akar pokok herba akan lemas dengan air dan seterusnya boleh menyebabkan pokok herba mati.

Menanam tanaman herba ini boleh dibuat menggunakan apa-apa  sahaja  bekas  terbuang  yang  terdapat  di sekitar  kediaman.
Antaranya bekas plastik, botol kosong, periuk yang sudah tidak digunakan, bekas pencuci, tin susu dan sebagainya. Menukar bahan-bahan terbuang ke bentuk yang bermanfaat dan baik sebenarnya tidak sukar.
Ini juga dapat menguji kreativiti anda di dalam mengias rumah dengan tanaman herba yang mudah serta ringkas ini.

Media tanah yang anda pilih mestilah kaya dengan bahan organik. Perlu ingat tanaman bekas berbeza dengan tanaman di batas timbun.
Penggunaan kompos yang banyak paling sesuai untuk tanaman herba di dalam bekas.

Kaedah tanam herba secara indoor

Apabila anda telah mula menanam herba di dalam bekas, anda perlulah menjaganya dengan baik.
Menanam herba di dalam bekas dengan jayanya memerlukan empat komponen utama iaitu cahaya, suhu, air dan kelembapan.

Menanam herba banyak kebaikannya. Oleh itu, sambil anda menanam pokok bunga di halaman rumah anda. Apa kata anda tanam herba-herba yang anda sukai di kawasan halaman rumah anda untuk kegunaan sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search