skip to Main Content
Berjimat Dengan Menanam

Berjimat Dengan Menanam

Ramai yang kini merungut tentang harga barang yang naik. Terutamanya barangan dapur yang kerap kita
beli. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengurangkan belanja barang dapur dengan
menanam semula beberapa jenis barang yang biasa kita beli di pasar.

1. Cili padi
Cili sangat penting bagi mereka yang suka makan pedas-pedas. Tanam sahaja dalam pasu dan letak di
balkoni rumah anda. Pasti cantik bila buahnya yang banyak lebat merimbun menghiasi ruang di rumah
anda.

2. Bawang putih
Hanya dengan menanam seulas bawang putih kemudian ianya membiak dan menghasilkan 1 labu
bawang putih. Bayangkan jika anda tanam 1 labu bawang putih, berlabu-labu hasilnya.

3. Daun bawang
Daun bawang juga boleh ditanam semula dirumah. Jadi selepas ini jika anda beli daun bawang, simpan
sedikit untuk ditanam semula. Selepas ni nak letak daun bawang dalam sup tak perlu beli lagi. Di rumah
sudah ada.

4. Lobak merah
Lobak juga boleh ditanam di rumah dalam bekas yang bersaiz sederhana besar.

 

5. Batang saderi
Saderi boleh ditanam dengan mudah di rumah. Saderi selain menghias, baunya menambah selera
kepada masakan anda.

6. Serai
Selain untuk di makan, serai yang ditanam juga boleh dijadikan hiasan. Serai juga amat penting dalam
masakan anda. Amat mudah jika serai ditanam di rumah, jika nak masak, anda boleh mencabutnya.

7. Kunyit
Kunyit juga boleh ditanam dalam pasu dan diletakkan di balkoni rumah anda. Kunyit biasa digunakan
dalam kuantiti yang sedikit. Jadi anda boleh berjimat dalam menggunakannya.

8. Halia dan lengkuas
Sama seperti kunyit, halia dan lengkuas juga boleh di tanam di ruang yang terhad dan dalam pasu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search