skip to Main Content
Organik Vs Inorganik

Organik vs Inorganik

Secara ringkasnya, baja terbahagi kepada dua iaitu baja organik dan tidak organik. Apa
beza baja organik dengan baja tak organik? Mana satu yang lebih baik.

Baja organik ialah baja yang dihasilkan daripada benda hidup atau bahan mineral dan
mestilah boleh wujud secara semulajadi dalam alam kita. Antara contoh baja organik ialah
najis haiwan, kompos dan serbuk batu kapur.

Baja organik bekerja secara perlahan kerana ia perlu diurai oleh organisma tanah untuk
melepaskan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Ia juga melepaskan nutrien dalam
keadaan panas dan lembab, bertepatan dengan masa sesuatu tumbuhan paling
memerlukan nutriennya. Perlepasan nutrien secara perlahan mengurangkan risiko
kehilangan nutrien ke dalam tanah.

Nutrien yang terkandung dalam baja organik pula terdiri daripada pelbagai elemen. Trace
elements (elemen yang digunakan oleh pokok pada kadar yang sangat sedikit) yang ada
dalam baja organik membantu pokok untuk hidup subur dan kuat serta mempunyai daya
tahan terhadap penyakit.

Baja tidak organik (baja kimia atau baja sintetik) dihasilkan melalui tindak balas kimia
serta mengandungi mineral atau kimia sintetik. Baja tidak organik juga mengandungi
nutrien pada kadar yang tertentu, bersesuaian dengan tujuan baja tersebut digunakan.
Contoh baja kimia ialah MOP (Muriate of Potash) dan TSP (Triple Superphosphate). Baja
NPK Hijau, Biru dan sebagainya juga merupakan contoh baja tidak organik dan mempunyai
unsur Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Potassium (K) pada kadar tertentu.

Secara mudahnya, baja organik dan baja tidak organik berbeza dari segi kesannya terhadap
alam sekitar khususnya kepada tanah. Tanaman kita tidak dapat membezakan antara baja
organik dan baja tidak organik memandangkan nutrien yang diserap oleh tumbuhan ialah
pada bentuk yang sama. Namun, baja organik memberi manfaat besar kepada tanah
sementara baja tidak organik tidak memberi sebarang kesan baik terhadap tanah.
Bagi anda yang menanam secara kecil-kecilan tanpa tujuan komersial, tiada masalah untuk
anda menggunakan baja organik seratus peratus. Penggunaan baja organik secara
berterusan dapat meningkatkan kesuburan tanah dan akhirnya menurunkan kos
pembajaan dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search