skip to Main Content
Bunga Yang Sesuai Dijadikan  Sebagai Pengusir (repellent) Serangga

Bunga yang sesuai dijadikan sebagai pengusir (repellent) serangga

1.Bunga Tahi Ayam

Bunga tahi ayam mempunyai aroma yang tidak menyenangkan bagi serangga aphids, thrips, siput, kumbang dan nyamuk.  Ia juga tidak disukai oleh sesetengah cacing yang bertinndak merosakkan akar tanaman.

2. Bunga Kekwa

Bunga kekwa ini mengandungi kompaun yang dipanggil pyrethrum juga dimana ia ia boleh  menghalau serangga seperti  semut, kumbang dan hama labah-labah.

3. Bunga Rosemary

Bunga ini selain digunakan sebagai rempah ia juga boleh berfungsi sebagai pengawal yang sangat berguna terhadap nyamuk dan serangga lain yang berbahaya kepada sayur-sayuran kita. Rosemary akan melindungi sayur-sayuran kita daripada serangan serangga yang akan merosakkan tanaman kita.

4.Pudina

Herba  yang popular kerana mempynyai aroma yang segar dan santai,  biasa digunakan untuk minuman teh. Daun Pudina ini berfungsi sebagai pencegahan terhadap rama-rama Cabbage dan banyak serangga yang lain. Bagi melindungi sayur sayuran dari serangan serangga ini, letakkan daun pudina ini disekeliling sayur  seperti brokoli, kubis dan lobak.

 

5.Bunga Petunia

Bunga Petunia bukan sahaja akan menjadikan taman kita lebih meriah dan cantik tetapi ia juga berfungsi sebagai penghalau terhadap pelbagai perosak seperti kumbang, pepijat , Cacing tanduk-bulu, kumbang, ulat  dan aphids.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search