skip to Main Content
Pokok Renek Berbunga Yang Sesuai Untuk Landskap Taman Anda

Pokok renek berbunga yang sesuai untuk Landskap Taman anda

Pemilihann pokok renek jenis berbunga amat penting bagi memastikan  ruang taman di halaman rumah sentiasa kelihatan cantik dan nampak hidup. Pokok jenis renek ini amat sesuai sebagai hiasan landskap  kerana penyelenggaraan nya yang mudah seperti tidak perlu membuang masa yang banyak untuk melakukan pemangkasan, dan serangan jangkitan penyakit dan serangga yang kurang.

Sebaik sahaja anda mengenali  jenis pokok pokok renek yang lebih kecil, sudah tiba masanya untuk memilih beberapa kegemaran pokok anda yang sesuai bagi laman rumah anda.

Berikut adalah beberapa pilihan pokok renek yang sangat sesuai untuk anda :

1) Ixora spp(Jarum-jarum / Jejarum)                     

Merupakan tumbuhan renek yang berbunga sepanjang tahun di kawasan tropika dan subtropika seperti di Asia Tenggara dan India. Pokok ini mudah dikendalikan kerana hanya perlu memangkas ringan daun-daun di sebelah atas supaya cahaya matahari dapat sampai ke dahan-dahan di sebelah bawah. Ini akan menjadikan pokok ini tumbuh lebih subur dan mengeluarkan bunga-bunga yang cantik dan tahan lama.

2) Acalypha spp (Pokok ekor kucing)

Pokok ini sangat popular digunakan di setiap halaman  rumah dan taman taman awam. Yang menariknya pokok ini mampu untuk mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Pemangkasan ringan perlu kerap dilakukan untuk mendapatkan bentuk yang rimbun dan bunga yang banyak.

3) mussaenda ( Janda kaya) 

Pokok ini  biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat, di taman  atau ditepi jalan sebagai penyeri jalan. Mempunyai warna bunga yang terang (pink)  dan putih malah  sentiasa berbunga menyebabkan pokok ini menjadi salah satu daya tarikan dan pilihan utama sebagai pokok hiasan.

4)Jatropha spp (Jarak Pagar)

Pokok Jatropha atau dikenali sebagai pokok jarak pagar. Nama pokok jarak pagar ini adalah  kerana pokok ia  sering dijadikan sebagai pokok pagaran kerana ketingiannya mencapai sehingga 5m dan. Bunganya yang berwarna merah menjadikan pokok ini sangat menarik untuk dijadikan pokok pagaran di laman laman kerana ia mampu menarik daya perhatian orang sekeliling.

5) Helliconia spp

Bunga Heliconia atau dikenali sebagai Bunga Sepit Udang, Bunga Tiruan Syurga merupakan tanaman yang begitu popular digunakan di dalam landskap. Tanaman ini tumbuh secara berumpun dan berketinggian di antara 0.5  – 5 meter. Bentuk bunga heliconia yang unik dan mempunyai warna yang pelbagai seeprti kuning,merah, oren menjadikan ia salah satu pilihan utama bagi penggemar landskap.

6) Canna spp

Pokok Canna atau Pokok Bunga Tasbih turut dijadikan sebagai pokok pagar di laman rumaah ataupun sepanjang jalan taman rekreasi atau kawasan pejabat. Bunga ini sesuai ditanam dikawasan  cuaca panas dan memerlukan baja organik yang banyak untuk terus subur dan berbunga.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search