skip to Main Content
3 KAEDAH Meningkatkan Kualiti Tanah Anda

3 KAEDAH meningkatkan kualiti Tanah anda

Anda boleh meningkatkan kualiti tanah anda untuk lebih subur dengan mudah sahaja menggunakan sisa bahan buangan dari bahan dapur anda sendiri . Menarik bukan!

Berikut merupakan 3 bahan mudah yang anda boleh gunakan :

 

KULIT TELUR

  • Keringkan kulit telur selama beberapa hari di bawah cahaya matahari
  • Hancurkan kulit telur yang telah kering bagi membantu kulit telur terurai dengan cepat ke dalam tanah
  • Kulit telur akan membantu saliran tanah dan menambahkan unsur kalsium untuk mengalakkan penembangan dan tumbesaran tanaman
  • Membanntu menghalang penyakit Blossom end-root pada pokok tomato
  • Membantu melindungi anak pokok benih dari  serangan  siput babi

 

SISA AMPAS KOPI

  • Boleh diletakkan secara terus pada tanah
  • Bertindak sebagai baja bahan tambahan organik
  • Menambahbaik saliran dan pengudaraan tanah
  • Apabila terurai, ia menambahkan kandungan Nitrogen pada tanah
  • Tidak akan memberikan kesan buruk pada tanah, kecuali apabila digunakan pada jumlah yang banyak
  • Sangat sesuai diletakkan bagi tanaman yang ditanam di tanah berasid
  • Berfungsi sebagai sungkupan dikeliling tanaman

 

KULIT BUAH PISANG

  • Boleh diletakkan ditanah terus dalam keadaan kepingan kecil
  • Mengurai dengan cepat dan membekalkan mikrob dalam tanah
  • Menambahkan unsur baru bahan organik
  • Menambahkan unsur nutrient seperti kalsium, magnesium, sulfur, fosfate, potassium dan sodium yang membantu mengalakkan pertumbuhan tanaman dan pengeluaran buah.

 

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search