skip to Main Content
Cara Mudah Tanam Timun

Cara Mudah Tanam Timun

PENANAMAN TIMUN

Timun ialah sejenis tanaman yang menjalar dimana khasiat timun boleh mengurangkan panas badan (bagi buah yang tua) dibuat sup terutama bagi mereka yang baru sembuh dari demam. Buah timun yang putik pula dikatakan dapat menyembuhkan cirit birit pada kanak-kanak.

Sesuai ditanam di kawasan bersuhu 18-35 darjah celcius. Sekiranya ditanam d kawasan yang panas, ia memerlukan kadar baja dan pengairan yang lebih tinggi.

TANAH

Sesuai ditanam di tanah lom, tanah gambut, tanah berpasir. Sesuai pada kemasaman tanah pH antara 4.8 – 6.5.

PENYEDIAAN KAWASAN

Merangkumi pembersihan tanah,pembajakan dan membuat batas. Tanah dibajak dan digembur sedalam 30 cm.
Bagi tanah masam, pengapuran hendaklah dilakukan sekiranya pH tanah kurang daripada 5.0 dan dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam. Pengapuran elok dilakukan semasa kerja pembajakan dijalankan supaya kapur boleh digaulkan ke dalam tanah.

PENYEDIAAN BATAS

Batas hendaklah disediakan lebih kurang 3-5 hari sebelum menanam. Ukuran batas bagi timun adalah lebih kurang 1.2 meter lebar, 7.5 meter panjang dan 30 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 30 cm

PENYEDIAAN LUBANG

Benih ditanam terus ke batas sedalam 1.5 cm. Tanam 2-3 biji benih selubang lebih kuran 2cm antara satu sama lain. Jarak tanaman adalah 60 cm antara baris dan 60 cm antara pokok.

PENJARANGAN

Selepas 10 hari, penjarangan dibuat dimana hanya satu anak benih yang paling cergas ditinggalkan bagi satu lubang tanaman.

PEMASANGAN PARA/PENYOKONG

Boleh menggunakan kayu, buluh, dawai, tali raffia, pukat dan sebagainya.
Pemasangan dilakukan selepas 2 minggu menanam ( selepas pokok mengeluarkan sulur sulur paut). Terdapat dua cara membuat para/penyokong mengikut keadaan setempat iaitu :

1) Kayu penyokong berukuran 2 meter panjang dan bergaris pusat 2.5 – 3 cm dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan kea rah dalam supaya bertentangan dan bersilang di bahagian hujung kayu pancang.
Letakkan kayu diatasnya dengan cara melintang pancang-pancang yang bersilang tadi. Ikat dengan tali raffia untuk mendapatkan sokongan yang kuat.

2) Menggunakan tiang tiang junjung yang berukuran 2.5 meter panjang dan bergaris pusat 6 cm. Tiang-tiang dipacak d atas batas dengan jarak lebih kurang 4 meter. Kemudian dawai kasar dipasang dibahagian atas menghubungi kayu kayu junjung tadi. Diikuti dengan memasang dawai sederhana di atas tiap-tiap batas sehingga memenuh semua kawasan.
Apabila tinggi pokok sayur tersebut 15-20 cm,iaitu selepas kerja-kerja menjarang dan menimbus tanah di pangkal pokok dijalankan, tali tali rafia mula dipasang pada tiap tiap pokok iaitu satu utas bagi setiap pokok dan kemudian diikat ke para para dawai.

PEMBAJAAN

Semingu sebelum tanam menggunanakan baja organik (gaul dalam tanah, keliling pokok)
Mingu 2 : 1.5 tan/ha (baja organic/kimia)
Minggu 4 : 1.5 tan/ha (baja organic/kimia)
Minggu 6 : 1.5 tan/ha (baja organic/kimia)

PENGHASILAN BUAH

Pokok timun akan mula berbunga 3-4 minggu selepas menanam
Hasil boleh dikutip lebih kurang 10 hari selepas penebungaan iaitu 5 -6 mingggu selepas menanam

SERANGAN PEROSAK & PENYAKIT  PADA POKOK TIMUN

Aphids (Aphis gosgypii dan Glow homoptera)

Serangan teruk pada daun yang menyebabkan daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut.

Cara Kawalan : boleh dilakukan dengan sembur racun serangga seperti malathion, dimethoate,profenfos dengan kadar 0.1% b.a

Lalat buah ( Bactrocera sp )

Buah muda diserang teruk, buah berubah bentuk, menjadi terbantut dan busuk.

Cara kawalan : Musnahkan buah buah yang diserang, Jalankan pengumpanan dengan methyl eugenol. Jika serangan melebihi 10%,sembur dengan racun serangga seperti fenthion dengan kadar 0.05 b.a

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search