skip to Main Content
Tanam Halia Dari Rumah

Tanam Halia dari rumah

Menanam halia tidaklah rumit kerana ia mudah untuk dijaga serta tidak memerlukan penjagaan yang terlalu  rapi.

Berikut merupakan langkah langkah bagi penanaman halia :

CARA MENANAM HALIA

MEDIA

  • Jika anda ingin menanam di dalam pasu, sediakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul hingga sekata dan masukkan ke dalam bekas yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan cocopeat sebagai media tanaman halia
  • Medium tanamannya hendaklah kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap untuk pertumbuhan yang lebih subur.

MENANAM RIZOM HALIA

Potong ubinya kepada beberapa keratan. Sebaiknya gunakan ubi yang telah mula tumbuh beberapa tunas anak pokoknya.

Bagi menanam dalam pasu pula tanam rizom halia sedalam 3 inci ke dalam pasu dan timbus dengan tanah. Jangan lupa siram.

2) Tanam keratan ubinya tadi dalam medium tanamannya, timbus dan padatkan disekelilingnya agar anak pokok dapat tumbuh subur menegak.

3) Siram dan letakkan di tempat teduh. Jangan biarkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan anak pokoknya.

PEMBAJAAN POKOK HALIA

Pembajaan dilakukan apabila pokok halia yang ditanam berusia 2- 4 minggu , sebaiknya mengunakan baja organik.

Pembajaan dilakukan setiap selang (2-3 bulan) menggunakan baja organik/baja sebatian sehingga halia berumur 8 bulaan.

PENJAGAAN DAN PENYIRAMAN POKOK HALIA

Gembur-gemburkan tanah disekeliling pokok halia dan berhati-hati bila mengembur agar tidak pada akarnya.

Lakukan penyiraman dua kali sehari ketika musim kemarau dan tidak perlu ketika hujan.

Untuk mendapatkan hasil pokok halia tumbuh dengan baik, anda boleh menyiramnya dengan kompos teh atau baja cecair ikan organik (fish emulsion organic fertilizer) selang dua minggu.

MENUAI HASIL HALIA

Pokok halia sudah boleh dituai genap 8 bulan. Cara mengetahui pokok halia sudah boleh dituai ialah melihat daun-daun yang sudah mula mengering. Itu tandanya pokok halia sudah matang.

Sekiranya anda mahu menggunakan halia muda, tuai pokok halia anda genap 6 bulan. Jika mahukan halia yang matang pula tuai setelah genap 8 bulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search