skip to Main Content
Tips Penjagaan Pokok ‘Indoor Plants’ Dari Rumah

Tips penjagaan pokok ‘Indoor Plants’ dari rumah

Penjagaan pokok indoor plants (pokok hiasan) adalah amat penting untuk memastikan pokok senantiasa dalam keadaan sihat dan kekal cantik

Berikut merupakan factor factor penjagaan yang perlu diambil kira dalam penanaman pokok indoor plants (pokok hiasan). Selamat mencuba!

PENCAHAYAAN

Setiap jenis tanaman indoor plants memerlukan cahaya yang berbeza untuk terus hidup dengan subur dan cantik.  Oleh itu, penting untuk kita mengetahui berapakah jam yang diperlukan untuk suatu pokok menerima cahaya matahari? dan berapa peratus cahaya atau teduhan yang perlu dberikan pada setiap jenis pokok indoor plants yang telah kita pilih.

Memandangkan pokok indoor plants ini diletakkan di dalam bangunan, rumah, ia sebaiknya diletakkan behampiran tingkap untuk memudahkan ia terdedah, mendapatkan cahaya matahari yang secukupny, atau tingkap yang terlindung dari pokok pokok besar kerana terdapat juga indoor plants yang tidak boleh terdedah kepada matahari secara terus dan akan membuatkan daun terbakar dan kering seperti pokok Spider plant

Berikut merupakan tanda tanda yang berlaku kepada pokok anda sekiranya ia mengalami kekurangan atau terlebih cahaya.

Tanda tanda Indor plants anda Kurang cahaya :

  • Daun yang tumbuh akan lebih memanjang, runcing
  •  Daun baru lebih kecil daripada yang sedia ada
  • • Daun menjadi kuning dan jatuh
  • Pertumbuhan terbantut
  • Pokok tidak dapat mengeluarkan cahaya
  • Pucuk baru yan tumbuh menjangkau dan berkembang ke arah sumber  cahaya

Tanda tanda Indoor plants anda terlebih cahaya :

  • Tompok coklat/ daun terbakar
  • Warna daun kelihatan kuran berwarna hijau
  • Daun menjadi kering dan gugur

 

PENYIRAMAN 

Tahukah anda Penyiraman merupakan asas penting di dalam penjagaan pokok.?

Pokok yang disiram terlalu banyak air atau kekurangan air boleh menyebabkan risiko pokok menjadi layu dan mati.

Perlu untuk kita ketahui, penyiraman sehingga menyebabkan air bertakung, terlebih air yang diperlukan oleh tanaman merupakan salah satu faktor utama pokok indoor plants kita mati.

Bagi melakukan penyiraman, adalah tidak digalakkan sama sekali menggunakan air yang bersuhu dingin. Penyiraman mengunakan air ini akan menyebabkan pertumbuhan terbantut atau merosakkan akar tanaman.

Setiap keperluan suatu tanaman berbeza mengikut sepsis, habitat, tanah, cahaya, suhu dan kelembapan di kawasan rumah. Tumbuhan yang mempunyai permukaan daun yang besar akan lebih banyak memerlukan air berbanding tanaman yang mempunyai daun kecil.

Selain daripada itu, saiz dan jenis pasu yang digunakan juga adalah faktor yang penting di dalam mempengaruhi jumlah air yang diperlukan oleh pokok. Kelembapan air akan mudah diserap sekiranya menggunakan pasu kecil manakala pasu besar akan menyimpan lebih banyak air. Di samping itu, pokok yang ditanam pada tanah liat pasu yang berliang memerlukan penyiraman yang lebih berbanding pasu plastik atau pasu kaca.

Bagaimana sekiranya air bertakung di pasu anda?

Anda boleh mengurangkan air yang bertakung tersebut dengan meletakkan tuala/kain pada permukaan tanah di pasu tersebut untuk ia menyerap air yang bertakung sehingga kering.

Sekiranya tanaman mula menunjukkan smptom layu atau daun gugur disebabkan terlebih air ketika penyiraman,eloklah tukar serta merta media tanah pasu tersebut dengan media yang mempunyai saliran yang lebih baik.

PEMBAJAAN 

Pemberian baja yang betul bagi setiap tanaman ‘indoor plant’ amat penting untuk memastikan pokok yang ditanam kekal subur dan cantik.

Sekiranya cahaya memberikan sumber tenaga kepada tanaman, baja pula akan membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tanaman untuk terus membesar dengan subur.

Berikut merupakan tanda tanda tanaman anda kekurangan baja :
• Pertumbuhan pucuk baru kurang
• Daun kuning
• Daun gugur
• Batang pokok kecil
• Tidak berbunga

Tanda tanda tanaman anda terlebih baja :
• Hujung daun terbakar, bintik perang pada daun
• Pertumbuhan daun terjejas
• Daun layu

Bagaimanakah memilih baja yang betul bagi pokok indoor plants?

Baja yang diberikan bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam. Setiap baja akan mempunyai senarai kandungan nutrient pada baja tersebut. Contohnya nisbah (5 : 5 : 5) pada baja merupakan peratus nutrient yang terkandung di dalam baja bagi (nitrogen : fosforus : kalium).

Berikut merupakan fungsi fungsi nutrient N : P : K

  • Nitrogen : pembentukan bahagian-bahagian pokok seperti daun, batang dan akar. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan warna hijau daun terutama sayur-sayuran.
    • Fosforus : pembentukan akar pokok terutama anak benih yang baru ditanam.
    • Kalium : Menguatkan batan pokok dan memberi daya tahan pada pokok untuk menghadapi serangan penyakit. Ia juga diperlukan untuk perkembangan akar pokok dan pembentukan bunga dan buah yang berkualiti dari segi rasa, warna dan saiz. Kandungan Kalium dalam baja biru lebih tinggi untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan buah yang banyak dan berkualiti.
    • Baja yang diformula khas untuk pembungaan akan mengandungi kurang nitrogen dan kandungan fosforum dan kalium akan lebih.

Kebanyakan indoor plants memerlukan nutrient baja NPK (macronutrient) yang seimbang seperti
(5 : 5 : 5) / (15 : 15 : 15). Selain daripada itu, terdapat juga unsur nutrient lain (micro nutrient) yang diperlukan oleh tumbuhan yang terdapat di dalam baja seperti Magnesium (Mg), Kalsium (ca), Manganese (Mn), Boron ( B) dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, setiap baja mempunyai ciri ciri tersendiri mengikut strukur masing masing iaitu :

Boleh Larut Air : Baja yang mudah untuk digunakan. Di dalam bentuk cecair, serbuk atau Kristal.
Slow release : Di dalam bentuk biji. Baja ini akan ditabur di permukaan media dan akan beransur ansur larut apabila disiram air
Foliar (secara semburan) : Walaupun akar tumbuhan bertanggungjaab didalam proses pengambilan nutrient pada tanaman, daun juga mampu untuk menyerap baja. Semburan baja merupakan salah satu langkah yang cepat dilakukan terhadap tanaman sekiranya tanaman kekurangan nutrient dan semburan racun (foliar application) ini tidak akan menyebabkan pokok terbakar.

 

 

Pinching (mencubit) dan Pruning ( Pemangkasan)

Pokok Indoor plants juga memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia sentiasa kelihatan sihat dan menarik. Penyelenggaraan yang dilakukan secara kerap ini bukan sahaja menjadikan tumbuhan anda kelihatan lebih cantik, tetapi juga membantu menghalang dari serangan perosak dan penyakit.

Berikut merupakan langkah penjaaan yang perlu dilakukan bagi pokok indoor plants 😉

Pinching (mencubit) :

Kerja-kerja pinching ini dilakukan dengan membuang hujung batang utama pada pokok bunga menggunakan ibu jari. Ia bertujuan untuk memastikan bunga yang akan tumbuh kelak akan kelihatan kembang dan mekar dan tidak hanya kelihatan tumbuh menegak tanpa kembang (bushy).
Tidak semua tanaman indoor plants sesuai untuk di lakukan kerja pinching ini. Ia hanya sesuai dilakukan terhadap pokok yang berbatang lembut contohnya pokok Ati-ati (Coleus)dan pokok English Ivy.

Pemangkasan pokok hiasan :

Kerja kerja pemangkasan dijalankan bagi mencantas dahan dahan yang merimbun,mengalakkan bunga keluar, membuang dahan dahan yang mati dan membuang daun yang kuning atau berpenyakit di mana ia boleh mengundang serangan kulat.
Bagi kerja-kerja pemangkasan, adalah tidak digalakkan untuk memangkas dengan hanya menggunakan tangan. Sebaiknya menggunakan alatan khusus untuk melakukan kerja kerja pemangkasan ini.

PEMASUAN SEMULA

Cepat atau lambat, pemasuan semula terhadap pokok indoor plant perlu dilakukan ke pasu/pot yang lebih besar sekiranya pokok tanaman anda semakin membesar.
Ini bagi mengelakkan akar pokok menjadi semakin terlalu serabut sehingga menyebabkan pokok menjadi terbantut untuk membesar.

Bagaimanakah untuk kita mengetahui pokok kita perlu pemasuan semula?

-Tanda utama adalah apabila akar mula terkeluar dari permukaan tanah
– Sekiranya pokok tanaman yang ditanam, mengeluarkan beberapa anak pokok, eloklah sekiranya anak pokok tersebut dipisahkan dari pokok induk dengan berhati-hati bagi membolehkan anak pokok dan pokok induk membesar dengan ruang yang selesa.

Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan pemasuan semula?

Sekiranya kita baru sahaja beli pokok dari mana mana Nursery, adalah sebaiknnya untuk membiarkan pokok kita tersebut menyesuaikan dengan keadaan cuaca di sekitar halaman rumah kita untuk seminggu dua. Ini kerana, pokok yang baru dikeluarkan dari Nursery akan mengalami perubahan disebabkan perlu menyesuaikan dengan cahaya, suhu, kelembapan di tempat baru.

Sekiranya akar pokok serabut, cantas akar akar pokok tersebut sebelum melakukan kerja pemasuan semula. Kerja kerja cantasan ini akan mengalakkan pengeluaran akar semula.

Bagaimanakah untuk memilih pasu yang terbaik?

Blla melakukan pemasuan, pasu yang baru hendaklah lebih 2 inci lebar, 2 inci dalam daripada pasu asal. Ini kerana, pasu yan besar akan memberikan akar ruang yang banyak untuk membesar.
Pokok tidak akan dapat membesar sepenuhnya sekiranya akar tidak dapat memenuhi ruang pasu.
Namun begitu, pasu yang terlalu besar adalah tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan air bertakung dan menyebabkan akar rosak. Perlu diingat, pemilihan pasu yang mempunyai sistem saliran ( lubang pada tapak pasu) adalah amat penting.

Langkah penjagaan selepas pemasuan semula

1) Jangan dedahkan pokok tersebut secara langsung dengan cahaya matahari kerana pokok masih dalam keadaan tidak stabil
2) Pastikan tanah sentiasa dalam keadaan lembap namun tidak sampai bertakung. Sekiranya daun bertukar warna kuning, ia menandakan pokok terlebih air.
3) Kelembapan yang tinggi akan membantu untuk pokok untuk tumbuh dengan segar semula selepas kerja pemasuan
4) Elakkan melakukan pembajaan terhadap pokok yang baru dilakukan pemasuan semula. Ini kerana, akar pokok yang baru dicantas berisiko untuk terbakar, disebabkan tindak balas baja tersebut. Selang sebulan selepas pemasuan semula adalah digalakkan untuk dilakukan pembajaan ini kerana akar pokok sudah mula besar dan cukup sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search