skip to Main Content
Tips Pokok Berbunga

Tips Pokok Berbunga

Tahukah anda, selain faktor cuaca, faktor faktor penjagaan terhadap tanaman pokok bunga juga memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan pokok senantiasa mengeluarkan bunga yang cantik.

Berikut merupakan faktor faktor yang perlu dititikberatkan semasa melakukan penjagaan terhadap pokok bunga :

AKAR / ROOTS

  • Sesetengah pokok seperti bunga kertas perlu akar bersesak untuk berbunga dan ia lebih sesuai untuk ditanam di dalam pasu

  • Pokok yang berbatang lembut tidak sesuai untuk membiarkan akarnya bersesak. Oleh itu, proses pemindahan kepada polibeg yang lebih besar, penukaran pasu atau pemindahan dari pasu ke tanah hendaklah dititikberatkan bagi memastikan pokok berbunga. Sekiranya pokok ditanam didalam pasu, pastikan air siraman tidak bertakung didalam pasu yang boleh mengakibatkan kerosakan akar

MENCANTAS/ PRUNNING

  • Pokok berbatang keras seperti bunga kertas perlu dicantas untuk mengalakkan petumbuhan pucuk baru disamping meransang pengeluaran bunga

TANAH TANAMAN/ SOIL

  • Pastikan tanah yang digunakan adalah peroi dan banyak bahan organan

  • Tanah liat tidak sesuai sebab ianya akan memegang baja dan pokok tidak akan mendapat segala ‘nutrient’ untuk berbunga.

PENYIRAMAN/ WATERING

  • Air selain penting sebagai medium yang membawa nutrien ke seluruh bahagian tanaman, ia juga mempengaruhi proses pengeluaran bunga sekiranya diberikan pada kadar yang kurang atau berlebihan.

  • Tidak semua pokok memerlukan air yang banyak, bunga kertas contohnya hanya perlu disiram selang sehari manakala pokok berbatang dan berdaun lembut seperti pokok Canna memerlukan air di samping baja yang banyak untuk tumbesaran dan pengeluaran bunga.

Contoh pokok berbatang lembut.

BAJA/ FERTILIZER

  • Baja antara elemen utama yang meransang pengeluaran bunga pada pokok tanaman.

  • Nisbah yang terdapat pada unsur baja akan dinyatakan pada setiap bekas baja yang dibeli. Contoh nisbah NPK seperti 12: 12: 15 yang membawa maksud 12% (N)Nitrogen,  12%(P) Fosforuss dan 15%(K) Potassium. Setiap unsur baja ini memainkan peranan penting di dalam tumbesaran dan pembungaan pokok. Contohnya, Nitrogen (N) mengalakkan percambahan daun, Phosphorus meransang pengeluaran akar manakala Potassium  (K) meransang pengeluaran bunga dan pembentukan buah.

 

 

 eBookAgro/2018/Efah01

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search