skip to Main Content
Penjagaan Pokok Buah-Buahan

Penjagaan Pokok Buah-Buahan

Apabila menanam pokok buah-buahan dikawasan perumahan, beberapa perkara mesti dipertimbangkan serta perlu diambil kira. Antaranya ialah:

  • Seeloknya ditanam di lokasi yang sesuai agar tidak mengganggu atau merosakkan struktur binaan, mengganggu pemandangan, serta jiran sekitar

 

  • Pastikan juga tiada binatang berbisa seperti lebah atau tebuan bersarang. Biasanya pokok-pokok ini menjadi tumpuan serangga, binatang dan ulat maka jagalah ia jangan sampai masuk ke rumah anda dan jiran.
  • Tanam pokok buah yang senang dijaga serta tidak mendatangkan bahaya. Menanam pokok durian adalah dilarang sama sekali. Jika menanam pokok kelapa, pastikan buahnya tidak sampai tua di pokok serta pelepahnya perlu sering dibuang.

 

  • Cantas dahan-dahan yang terlalu rimbun serta mengganggu dan yang reput kerana takut patah apabila ditiup angin kuat.
  • Menjaga kebersihan, daun-daun dan ranting-ranting kering perlu dilupuskan agar tidak mengotorkan kawasan serta menyumbatkan aliran air.
  • Bertolak ansur dan jangan marah apabila buah-buahan anda dipetik orang terutama jika ianya di luar pagar. Ikhlas memberi dan anggaplah ianya satu sedekah jariah.

Menanam pokok buahan adalah satu pilihan yang amat bagus berbanding pokok hiasan yang hanya cantik dipandang tetapi tidak mendatangkan hasil. Hijaukanlah kawasan rumah dan taman perumahan anda dengan pokok buah-buahan. Suasana alam sekitar akan menjadi nyaman di samping membawa hasil yang boleh dimakan dalam jangka masa yang panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search