skip to Main Content
Menanam Dalam Rumah Juga Menarik

Menanam Dalam Rumah juga Menarik

Jika anda ingin berkebun tidak perlu tanah yang luas. Di rumah pun anda dapat berkebun dengan menanam
tanaman yang bermanfaat untuk anda. Seperti bunga, tanaman herba dan sebagainya. Kita dapat
memanfaatkan halaman rumah yang sempit menjadi taman untuk keluarga. Contohnya dengan meletakkan
tanaman di dalam pasu.

Persiapan medium Tanaman

1. Letakan beberapa pecahan batu merah (sebagai pengikat air) di dasar pasu.

2. Isi pasu dengan campuran tanah yang ideal untuk setiap jenis tanaman.
a. Campuran umum; pasir 1/3 bahagian, tanah 1/3 bahagian, 1/3 bahagian baja
b. Campuran untuk jenis suka kering; pasir ½ bahagian, 1/2 bahagian baja
c. Campuran untuk jenis suka lembab; tanah ½ bahagian, 1/2 bahagian baja

3. Medium siap untuk ditanam. Masukkan tanaman kedalamnya.

4. Setelah tanaman dimasukkan ke dalam pasu, tutup dengan medium yang berbakidan padatkan. Beri
sedikit ruang agar pasu tidak dipenuhi dengan medium untuk tujuan penyiraman.

Cara Pemasuan yang Baik
 Pilih pasu tanaman dan medium yang sesuai dengan tanaman yang akan ditanam.
 Melakukan penyiraman dengan cara yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search