skip to Main Content
Cara/Teknik Pembajaan

Cara/Teknik Pembajaan

Kesuburan sesuatu tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok
yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan
keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah
yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Terdapat beberapa cara
pembajaan yang boleh kita ketahui, antaranya :

a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur atau disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan
atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah
supaya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila
membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar
Dengan cara ini, baja ditabur ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah biji
benih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut
tidak terkena atau terlalu dekat dengan biji benih. Cara ini digunakan pada tanaman
berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang
membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja
permukaan, kerana baja nitrogen senang larut dan resap oleh itu hanya setengah
sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman
sedang membesar.

d) Pembajaan sisi
Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi atau di sebelah tanaman yang sedang
membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-
pokok. Bagi tanaman 1 musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja
nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket
Dengan cara ini, baja ditabur secara bertumpuk-tumpuk, ditabur dilubang-lubang
dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok
dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek sekeliling pokok. Cara ini
juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain.

f) Penyemburan daun

Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman
iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun.
Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan
kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang
sehingga basah sampai ke tanah.

Oleh itu, pembajaan sangat penting untuk pertumbuhan tanaman yang sihat. Cara-cara
pembajaan juga turut dititikberatkan agar tidak memberi kesan buruk kepada tanaman.
Seterusnya, buat pemilihan baja yang bersesuaian terlebih dahulu sebelum anda ingin
memulakan pembajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search