skip to Main Content
Buah-buahan Yang Sesuai Ditanam Di Rumah Anda

Buah-buahan yang Sesuai Ditanam di Rumah Anda

Pokok buah-buahan juga menjadi pilihan terbaik selain pokok hiasan bagi menghijau dan meredupkan kawasan rumah kerana ianya boleh memberikan hasil untuk dimakan. Antara jenis pokok buah-buahan yang biasa ditanam di kawasan perumahan adalah :

 

  • Mangga
  • Rambutan
  • Pulasan
  • Mata Kucing
  • Jambu Batu atau Jambu Air
  • Cempedak
  • Nangka
  • Betik
  • Kedondong
  • Kurma
  • Nona
  • Langsat
  • Belimbing
  • Delima
  • Kelapa
  • Anggur
  • Mulberi
  • Pisang
  • Limau
  • Durian Belanda

 

 

Pokok buah-buahan ini juga kini kebanyakan dari jenis pokok kawin, cantuman tunas yang tidak terlalu besar serta cepat berbuah. Biasanya dalam dua tiga tahun sudah mengeluarkan hasil.

1. Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan:

Boleh dikatakan hampir kebanyakan penduduk yang tinggal di pekan, bandar atau bandaraya besar tinggal di kawasan perumahan sama ada ianya rumah banglo, berkembar, teres atau pun di flat, apartment serta kondo. Kawasan perumahan ini lebih padat dan mempunyai keluasan tanah yang terhad. Maka untuk bercucuk tanam itu sesuatu yang amat sukar dilakukan apatah lagi yang tinggal di flat, apartment atau kondo. Namun ianya tetap tidak menjadi halangan untuk bercucuk tanam jika anda menginginkannya.

2.Rumah Banglo, Berkembar Dan Teres

Sudah menjadi satu kemestian, setiap rumah banglo, berkembar atau teres pasti ada pagar. Selain untuk langkah keselamatan dan ‘privacy’, ia juga menjadi garis sempadan tanah.
Jika ada tanah yang terbuka di dalam kawasan pagar, bolehlah ditanam pokok buah-buahan ini. Namun jika kawasan terlalu terhad, pilihan jenis pokok buah-buahan juga terhad kerana pokok buah yang terlalu besar tidak sesuai, ini akan mengganggu struktur bangunan dan juga jiran.

3.Rumah Flat, Apartment Dan Kondominium

Akibat tiadanya kawasan tanah untuk bercucuk tanam, anda boleh mencuba jenis pokok buah yang boleh ditanam di dalam pasu seperti pokok amra, delima, jambu, mulberi dan jenis buah sayuran yang tidak terlalu besar seperti tomato, terung dan sebagainya. Namun kini teknik penanaman di dalam pasu juga sudah maju kerana pokok-pokok buah-buahan ini juga boleh dibonsaikan untuk ditanam di dalam pasu.

 

Maka, tiada sebab untuk mereka yang tinggal di rumah flat, apartmen dan kondo ini untuk tidak menanam pokok buah-buahan di ruang balkoni rumah mereka. Namun perlulah belajar tekniknya terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search